Wednesday, April 7, 2010

~ ReNuNgAn bErSaMa ~

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.



Di akhir zaman ini yang sering kita temui adalah Kenalan atau Taulan. Hendak mencari seorang Sahabat di akhir zaman ini hampir-hampir mustahil. Sahabat yang Soleh, Sahabat yang memiliki akhlak yang baik lahir dan bathin, Sahabat yang ikhlas apabila dia menegur kita dengan penuh kasih sayang… Sahabat seperti ini boleh mengajar & mendidik diri kita melalui cara pertuturannya, perbuatan & sikapnya itu. Sifat Kenalan yang ramai telah kita temui, tidak sesetia & semesra sahabat. Kalau kita mempunyai kelebihan sedikit di bidang ilmu pengetahuan atau di bidang ibadah, timbullah pula hasat dengki dalam dirinya. Bukannya dia mahu ikut perbuatan kita. Apabila kita melakukan kesilapan, dia akan mewar-warkan kesilapan kita & menghina kita pada masa yang sama. Sebab itu saya katakan KenalanTaulan tidak dapat memperbaiki diri kita. mahupun

Sebaliknya… Sahabat yang Soleh ibarat satu nyawa. Suka duka bersama. Senantiasa memerlukan antara satu sama yang lain. Jikalau kita melakukan kesilapan, sahabat yang soleh kalau tidak mampu pun dia menegur kita, dia akan mendoakan khas untuk sahabatnya itu. Ada sesetengah sahabat sanggup membangunkan diri untuk melakukan Solat Malam khas untuk mendoakan sahabatnya itu. Jika diri kita mempunyai sahabat seperti ini, kita dapat pelajari dari sikapnya itu untuk mendidik diri kita ini dari kecelaan & keaiban yang ada pada diri.

No comments:

Post a Comment