Wednesday, April 14, 2010

KESIHATAN MENTAL DAN PENYAKIT JIWA

Apa itu kesihatan mental dan penyakit jiwa??

Adakah anda tahu berapa jenis penyakit jiwa??




KESIHATAN MENTAL DAN PENYAKIT JIWA


Penyakit jiwa mempunyai sifat dan permasalahan yang pelbagai paksi,punca dan penyebab yang berbagai serta menifestasi penyakit sangat luas,menyebabkan cara penghuraiannya mengambil berbagai pendekatan.


Jenis-jenis penyakit jiwa :


1. kecelaruan personality (personality disorders)

2. Neurosis/personality disorder anxiety disorder ,stress)

3. Kecelaruan afektif (Affective disorder – uni & bipolar disorder)

4. Skizofrenia

5. Paranoid (Paranoid disorder)

6. Sindrom Otak Organik (Organic Mental Syndrome)

7. Penyalahgunaan substance – (Dadah, alkohol)

8. Kerencatan mental


Meroyan merupakan salah satu penyakit gangguan mental yang serius.



bunuh diri dilapor tidak mempunyai sejarah keluarga penyakit mental




SCHIZOPHRENIA

- Gangguan pemikiran , percakapan , persepsi , afek- emosi dan behavior – tingkah laku.

- Sejenis penyakit mental major yang mengakibatkan kemerosotan diri / personaliti dan disifatkan mempunyai gejala kecelaruan fikiran dan persepsi serta kemerosotan luahan perasaan dan perubahan perlakuan.

- Menyerang pada peringkat lewat remaja dan awal dewasa dengan simptom klasik delusion dan hallusination....


EPIDEMIOLOGI


- Insidens – o.4 sehingga 0,6 dalam 1000 penduduk

- Prevalens ( seumur hidup )

- Umur mula berlaku – kerap dikalangan muda diantara 15 hingga 30 tahun.



ETIOLOGI


1. Faktor pencederung- keturunan,

  • Faktor genetik.
  • Faktor psikologi – persekitaran / pembelajaran
  • Faktor psikologi – fizikal & personaliti
  • Perubahan Neurologi
  • Faktor biokimia.


2 . Faktor pencetus :

  • Tekanan
  • Akibat penyakit fizikal kronik seperti kanser

3 Faktor pengekal

  • Pesakit tiada insight,tiada pekerjaan
  • Simptoms – ada hallusinasi, delusi
  • Keluarga – tiada sokongan,disingkir



Jenis skizofrenia.


1. Skizofrenia katatonik

– gangguan psikomoto

- Sifat utama – kurang aktiviti motor,membisu


2. Skizofrenia Paranoid

- Sifat utama – Syak wasangka terhadap orang lain.


3. Hebefrenia – kebudakan,/ vfkebodohan,tidak terurus


4. Skizofrenia Simpel – ketumpulan emosi, social withdrawal


Schizophrenia : Penyakit Mental yang menyerang rakyat Malaysia

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan




AFFECTIVE DISORDER ( KECELARUAN AFEKTIF )


1. Affective Disorder ialah penyakit jiwa ,gangguan afek iaitu perubahan / gangguan mood yang merangkumi diantara perasaan kemurungan hingga kesifat keriangan yang melampau.


2. Bipolar affective disorder atau manic depressive disorder atau manic depression dimaksudkan sebagai penyakit afektif bila serangan gangguan moodnya bersilih ganti diantara fasa keriangan berlebihan ( mania ) dan fasa kemurungan ( depression )


3. Depression simptom – kemurungan , rendah penghargaan diri , fikiran passimis , kurang minat dan tenaga dan hillang mood keseronokan.


4. Mania bercirikan elation , euphoria , hiperaktif dan mementingkan diri sendiri


5. Bagi serangan mania dan depression yang berat / severe pesakit akan mempamirkan simptom psikotik seperti halusination dan delusion.


6. Unipolar disorder adalah serangan affektif bagi polar depression :

- Minor Depression ( Mild & Moderate depression )

- Major Depresion ( severe depression )




Penyakit manik-depresif biasanya diawali dengan depresi



ORGANIC BRAIN SYNDROME – Psikiatri Bukan Funtional


1. Psikiatri Organik ialah bidang psikiatri yang menjelaskan sindrom otak bersifatkan gangguan fungsi mental dan perubahan tingkah laku. Ia disebabkan oleh kecederaan oleh kerosakan otak yang kekal dan gangguan fungsi otak yang sementara.


2. Kerosakan organik ini berpunca dari kecederaan / kerosakkan otak secara langsung atau oleh kemerosotan anatomi dan fungsi otak disebabkan oleh lain – lain penyakit tubuh.


3. Jenis jenis :

- Sindrom Otak Organik Akut.

-Sindrom Otak Organik Kronik

- Sindrom Otak Organik Khusus








ANXIETY DISORDERS


1. Neurosis ialah beberapa jenis reaksi emosi yang tidak normal berlaku hasil tekan yang dialami individu / personaliti yang mempunyai kecenderungan ( faktor etiologi ) untuk menunjukan reaksi sedemikian....


2. Anxiety adalah perasaan bimbang / tidak selesa yang ujud dari sebab / punca yang tidak ketara atau bimbang yang tidak ada sebabnya.. Perasaan bimbang ini berpanjangan, sukar reda dan menggangu corak kehidupan.


3. Jenis – jenis anxiety disorders.


- Generalised Anxiety Disorder ( GAD ) – kebimbangan yang kronik , berpanjangan tanpa fobia dan panic.

- Panic Disorder – masalah anxiety yang berkembang secara progresif.

- Obssesive – Compulsive Disorder ( OCD )

- Phobic Disorder – ketakutan atau anxiety terhadap sesuatu perkara atau keadaan yang tidak nyata.






Monday, April 12, 2010

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
  • kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif

Terhadap diri sendiri

  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
  • Menghargai diri sendiri.

Terhadap orang lain

  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Terhadap cabaran

  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif

  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
  • Perasaan rendah diri.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.

Tanda-tanda tekanan mental

• Bersikap ganas (Panas Baran)
• Gelisah
• Gangguan selera makan
• Gangguan tidur
• Hilang - tumpuan, motivasi
• Kemurungan
• Kerisauan yang berlebihan
• Kelesuan
• Mabuk arak
• Mudah meradang
• Perasaan bersalah

LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

• Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
• Bersikap positif semasa melakukan anda
• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
• Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

• Kendali masa anda dengan bijak
• Beri keutamaan pada kerja yang penting
• Jangan bertangguh
• Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
• Mengagihkan kerja dengan baik

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
• Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
• Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

• Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
• Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
• Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
• Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

• Luangkan masa untuk beribadah
• Dapatkan tidur yang mencukupi
• Bersenam selalu
• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama



Sunday, April 11, 2010

video yang dapat kitorang sediakan untuk korang sume...

video yang dapat kitorang sediakan untuk korang sume...

~ ReLaX - rELaX BeRsAmA tRaNqUiLiZeR....~

Zamrah Mamat

Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Zamrah adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE MAMAT rumah yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Bunuh Diri

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: #@**_!!*&^_#


Si comel menagih sayang



Wajah comel Siti Aisyah yang meruntun hati sesiapa saja memandangnya.

SEBAIK terpandang wajah comel pemilik nama Siti Aisyah, hati terus menjadi sebak. Bukan hanya kerana melihat penyakit yang ditanggungnya bahkan mengenangkan nasib si comel yang putih bersih tidak dipalit segaris dosa itu ditinggalkan oleh ibunya begitu sahaja.

Berbaur rasa sayu dan marah lebih-lebih lagi apabila mengenangkan seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang dikandung selama sembilan bulan 10 hari tanpa sebarang perhatian, apatah lagi Siti Aisyah kini menderita penyakit hidrosefakus, iaitu sejenis penyakit yang berpunca daripada pengumpulan cecair berlebihan dalam otak.

Difahamkan, ibu Siti Aisyah merupakan seorang pelajar yang telah terlanjur dan untuk menutup malu dia meninggalkan bayi comel itu di rumah perlindungan Sinar Salam, di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Kini berusia 10 bulan, Siti Aisyah yang memiliki sepasang mata cantik, hidung mancung dan kulit putih gebu merupakan seorang bayi yang aktif.

Sesekali tangannya dihulur sambil mata beningnya seolah merayu minta didukung pada sesiapa saja yang menghampirinya.

Nasib yang menimpa Siti Aisyah mungkin tidak jauh beza dengan kes bayi-bayi dibuang yang banyak tersiar di dada akhbar akhir-akhir ini.

Cuma Siti Aisyah sedikit bernasib baik kerana dia tidak ditinggalkan di depan pintu rumah orang, pintu masjid, bawah pokok atau tempat pembuangan sampah yang boleh mengancam nyawanya.

Sebaliknya dia telah diserahkan kepada pusat penjagaan yang mampu menjaganya dengan baik.

Begitupun sejak dilahirkan, ibunya langsung tidak pernah menjenguk apatah lagi mengambil tahu mengenai perkembangan anak kecil itu.

Menurut penyelia pusat perlindungan Sinar Salam, Arfidar Abd. Latif yang juga bertanggungjawab mengatur kunjungan penulis petang itu, selain Siti Aisyah, terdapat beberapa lagi kanak-kanak senasib dengannya yang masing-masing mempunyai cerita sendiri.

Antaranya, Siti Hajar yang kini berusia tiga tahun dan hidup sebatang kara kerana ibunya dipenjarakan atas kesalahan mengandungkan anak luar nikah.

Berbeza pula dengan Amirul Amar Afzan, satu tahun enam bulan dan Abdul Rahman yang baru, bersuai sebulan dikira bertuah kerana ibu masing-masing sentiasa di sisi mereka.

Ketika mengandungkan Amirul, ibunya yang merupakan seorang pelacur (ketika itu) juga seorang penagih dadah tegar.

Malah pengambilan dadah tetap diteruskan walaupun tahu diri sedang mengandung.

Namun kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya apabila Amirul dilahirkan dengan cukup sifat tanpa sebarang kecacatan.

Begitupun sebaik sahaja dilahirkan, Amirul telah diberikan suntikan dadah oleh doktor dalam usaha menghilangkan ketagihan akibat daripada pengambilan dadah setiap hari oleh ibunya.

Suntikan tersebut terpaksa diberi secara berterusan selama tiga bulan. Amirul hari ini merupakan seorang yang aktif seperti kanak-kanak yang lain.

Walaupun begitu, kanak-kanak itu masih perlu menjalani satu lagi ujian apabila usianya mencecah dua tahun untuk mengetahui sama ada tubuhnya dijangkiti HIV atau sebaliknya kerana ibunya merupakan penghidap HIV positif.

Bagi Abdul Rahman pula, masa depannya masih lagi samar-samar.

Ini kerana ibunya menghidap penyakit mental selain kanak-kanak itu sendiri mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya akibat tertelan air najis ketika dalam kandungan.

Kini, setiap bulan Abdul Rahman akan dibawa berjumpa doktor dalam usaha mengubati penyakitnya.

Baik Siti Aisyah, Siti Hajar, Abdul Rahman mahupun Amirul, yang pasti mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kanak-kanak lain.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendambakan kasih sayang seorang ibu dan bapa di samping sebuah keluarga yang bahagia.

Tetapi apakan daya, nasib telah tertulis sedemikian dan mereka seharusnya meneruskan kehidupan seperti individu yang lain.

Persoalannya, adakah mereka akan diterima oleh masyarakat apabila besar dan dewasa sedangkan hakikatnya, apa yang berlaku bukan kesalahan mereka.

Yang pasti, Siti Aisyah, Siti Hajar, Abdul Rahman dan Amirul merupakan anak-anak yang tidak berdosa malah mereka tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia dengan cara sedemikian.



mAsALAh ReMaJa

Anak gadis menghisap rokok. Itu memang petanda yang berbahaya. Dari aspek sosial. Mental.

Kalau mengikut hukum agama... hukum Hudud sekali pun, terlalu berat. Terapi dan kaunseling boleh diadakan.

Lesbian adalah satu bentuk penyakit mental. Walau pun ada sesetengah pakar psikologis, kaunseling dan budaya negara dapat menerimanya sebagai satu perkara normal. Namun, di sini, lesbian adalah tetap satu bentuk penyakit mental.

Seorang gadis telah terkeliru dengan perasaannya. Dia lebih menyukai kaum sejenisnya. Apa yang boleh lakukan?

Cuba dapatkan penjelasannya. Adakah dia suka dengan cara hidupnya? Adakah dia rela hati menerima perasaan menjadi lesbian ini buat selama-lamanya? Sehingga ke tua?

Adakah dia tidak rasa untuk jatuh hati pada mana-mana lelaki?

Apa yang membuatkan dia memilih wanita? Adakah dia pernah dikecewakan mana-mana lelaki sehinggakan dia telah serik untuk memilih lelaki? Adakah ini puncanya?

Atau pernahkah dia diapa-apakan oleh lesbian lain sebelum ini? Kawan-kawannya barangkali? Menyebabkan dia mengasingkan diri, lalu kemudian berubah sikapnya menjadi seperti itu.
pernah melalui peringkat masa penyisihan, sunyi dan kemudian bertemu dengan kawan-kawan yang kononnya dapat meredakan kegelisahannya.

Ya, di situlah bermulanya atau semasa dia mula merokok. Atau... faktor semulajadi? Susah untuk didiagnosis melainkan bertemu pakar dalam bidang ini.

pernah melalui saat dia berasa dirinya terasing, tidak diterima sesiapa (pada sudut pandangannya). Dia sunyi dan ingin mendapatkan orang-orang yang memahaminya. Di situlah perangkap syaitan boleh bermula.

Sebab itu, bukan senang untuk menjaga anak-anak atau adik yang masih muda. Pemikiran mereka belum matang. Emosi dan ego mereka tinggi. Mereka masih mahu dimanjai tapi pada masa yang sama mereka mahu diakui, diikitiraf bahawa mereka adalah dewasa, sudah besar, boleh buat apa-apa tanpa kongkongan. Mereka rasa mereka tahu, apa yang mereka lakukan. Mereka rasa mereka boleh wujudkan batas diri mereka sendiri tanpa 'arahan' (tunjuk ajar) orang lain yang lebih tua. :|

Dekatkan dia dengan agama. Kalau dia tidak mahu tinggalkan dunia lesbian itu, dia kelak akan kekal di neraka. Semakin tua semakin susah. :|

Sedarkan dia, apabila dia tua kelak, tidak inginkan dia memiliki anak-anak sendiri. Melihat cucunya sendiri?

Sayangkah dia pada ibu bapanya? Sayangkah dia pada saudari? Inginkah dia lihat orang yang dia sayang bersedih dengan keputusannya itu? Tanya dia. :|

Dekatkan dia dengan agama. Al-Quran. Sentuh hatinya dengan ayat-ayat al-Quran. Tidak lupa juga zikir. Zikir yang dapat membersihkan hati seperti:

"Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar."

Baca bersama-sama dengannya. Seperti seorang ibu menyanyikan lagu rakyat dengan anaknya. Dengan senyuman. Dengan kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya. Kakak yang ingin lihat adiknya berubah.

Berikut adalah panduan yang boleh di berikan untuk membimbing anak saudari:

1. Dampingi dia selalu. Korbankan waktu saudari. Begitu juga dengan ibu bapa saudari. Bersedialah. Ini soal akhirat, mengenai masa depan akhirat.

2. Didik dia untuk mempertahankan kebenaran. Cinta akan kebenaran. Suka akan budaya yang sihat. Jangan biarkan dia keseorangan. Pantau pergerakan dia secara kasih sayang. Maksudnya, jadilah kawan, bukan sebagai seorang pengawas atau pengawal. Pantau dia dalam keadaan yang dia berasa selesa dan tidak terkongkong. Seperti dia rasa selesa dengan kawan-kawan 'sejenisnya' itu.

3. Pisahkan dia daripada kawan-kawan yang tidak sihat itu. Jangan benarkan dia keluar seorang diri. Jika keluar pun, biarlah, kalau boleh bersama. Ke sekolah, ke tempat kerja. Jangan buat dia rasa terkongkong. Jadilah kawan yang paling rapat untuknya. Seisi keluarga harus faham dan bekerjasama.

4. Tukar persekitaran. Tukar suasana. Berpindah ke tempat baru memang boleh memberi suasana dan nafas baru. Supaya dia tidak dapat pergi ke tempat-tempat yang dicurigai boleh menjadi punca masalah tersebut. Isi masa lapangnya dengan lebih baik.

5. Galakkan keluarga untuk sembahyang berjemaah. Cium tangan ibu bapa selepas solat. Ini akan membentuk jiwa seorang anak. Anak yang sayang ibu bapanya. Satu hari dia akan terfikir betapa pentingnya menjaga hati seorang ibu dan seorang bapa. Juga seorang kakak.

6. Membaca al-Qur’an, berzikir, menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah atau seminar dan apa-apa aktiviti yang berkaitan penyucian hati. Pastikan dari badan yang diiktiraf. Badan atau persatuan yang memang berdaftar dengan kerajaan.

Jangan lupa:

Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berkata 'Subhanallah wa biham dihi' 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan."

remaja yang bermasalahi tentu sunyi dan murung jiwanya. Kerana tidak ada kebenaran yang terpancar ke hatinya. Kembalikan kegembiranya itu. Jadilah kawan yang boleh memberi petunjuk. :|




Thursday, April 8, 2010

~ mEntaL Health cLasS with En.Abdul HAdi ~


Perkenalkan..nie lah En Abdul Haji Hadi yang mengajar kami semua tentang Mental Health.
Beliau merupakan pensyarah jemputan bagi kolej kami.
selama 3 sEm kami bersama beliau, kami dapati beliau merupakan seorang pensyarah yang berdedikasi, berilmu dan berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu kepada kami semua.
Beliau mengajar kami tanpa rasa jemu bahkan sabar dengan karenah kami yang agak nakal nie.




Gambar ini di ambil selepas tamat kuliah dan merupakan kuliah terakhir kami bersama En.Abd Haji Hadi.


Ragam Kami BerLima....=)


tranquilizer teamz!!!! still forever........=)




junior face....muke pon xmarket lg time ni..........hehe=)




mase ni ktorang semester 1.......haha...klako sgt2 muke masing........hehe=) snap pic 4 nurses day........ syokK abes!!!!





kenangan di balau.... mase ni kami join aktiviti class.....best sgt2! tp..........effect lepas 2.......muke masing2 mak ai!!! rentung..................hik...hik.....=)





kenangan mase Kami berade di ot........hospital sultan ismail...mase sem 4...... best!!!






we always togathers.....be nice to each other ....keep on smiling.....=)

~ TrAnQuiLiZeR ~



~kyra najwa~

Hye..saya Siti Khadijah bt Ab Wahab..biasenye family memanggil saya dengan panggilan Siti..& kwn-kwn skolah lame pula akn mmanggil sy dngn nama Khadijah or djah..sy dilahirkan pda 18 julai 1986 di Hospital Sultanah Aminah & dibsarkan di Kg Melayu Majidee,Johor Bahru.sy ank ke-6 dri 7 orng adik beradik...cita-cita sy bknlah tuk mjadi seorang jururawat...tapi hndak mnjadi seorang guru..tp xde rezeki.mngkin disebabkn ahli keluarga sy yang tlibat dlm bhgian medic mybbkn sy tdorong tuk msuk di sini...sy msuk INSTEDT nie pada 2008 mse tue umr 22 thn..sbelum tue slps spm sy mgambil stpm dan kemudian bekerja di sebuah klinik swasta di johor bahru selama 2 thun....saya tak tpkir pon utk blajar lg..agknyer dh tkdr sy di sini dan bjmpe ngn kwn2 di INSTEDT..lagipon sy blaja tuk mak & ayah selaen 2 sy nk lari dr khdupan yg byk knngan sdih sy..mmg sronok,mcm2 knangan phit& manis kt sni.. sy byk blaja mgenai erti KAWAN..& disini lh sy mjadi seorang yg lbh tabah dlm apa2 dugaan..biaselah stiap org takkan lari dr masalah.sy mgenal rmai kwn2 disini & ada diantara mrka tmpat suka & duka sy.klau sy ade mslh die lh tmpt sy mgadu dan meluahkan sgalanye..terima kasih krana sudi mjadi kwn baek sy..kpd mreka yg sy prnah myakiti hati mreka,sy mmohon maaf..& sy berhrap kita smua akn berjaya didlm Exam LJM & akn mjadi seorng jururawat yg berjaya...amin...
email saya kyra_najwa1986@yahoo.com. hmm kenape saya guna name kyra najwa..sbb. biarlh rahsia.




~ Ziela ~

hAi....nAme aku n0razila Binti Arshad...org Pgl aku zila..Aku berasal dR aLor StAr ,kdh..umur aku 20 thn..hEhe..tp umur 2 mse thn 2007 la..heeeee..akU ameK kos nursing kT iNSteDt..emm knpe aku plh nURsinG????sbb aKU d pakSa?? x jgk..sbnrnye mak aku yg srh..aKAk aku pun sme,,yela srh ikt jejak die la knOn..kte nye sng dpt keje? Btl ke x kte tGk la nti ea..Mdh2an bjye..biLa dAh adE kAt cNI aku dAh mula serasi Dgn Kos Yg aKu amEk ni..Org Kate x knL Mka x Cinta..alhamdulillah la kAt cNi aku gmbiRa dPt Kwn2 bru shga skrg kteorg msh kEkAl bersame..mreKa antaranye ialah..heee..ida,nisa,yati n ct..aKu arp prshabatan kmi ni bKn la skdr dKt cni je dAn SmOga ia kekal wat slma-lmanye..Amin..

aKu ade iMpian n hARapAn yg mSh blM aku KeCapi..huhuhu..nak Tahu x Ape?? Emmm bak kate Dato Ct nURhaLizA dLm lgu Die..BiarLA rHsia..tGu n lht la nti ..hEHeee.. (‘’,)..




~ ieda ~

Assalamualaikum…haii kwn2 sume..kat sini nk citer serba sedikit tentang diri sye..sye Ct Faridah Hussain. umUr 22tahun..belum 23 tau..hehe..1 disember 2010 nie,,genaP la 23 tahun..Kat sini kwn2 gelarkan sye ‘IDA’.. nme pgilan kat umah ‘DEK MEK’ :-)..ala2 kelantan gitu.. tapi sye tak di lahirkan di sana pun. Tempat lahir sye di Pahang.. mak n ayah berasal dari Kedah dan sekarang sye menetap di N9..sye nie orgnyer agak pendiam. Tapi kalau dah bersembang dan rapat dengan seseorang memang banyak mulut jugak..betul tak my geng? Hehe..

CiTa-ciTa? Asalnye cite2 sye nk jadi PeGuam N Polis..cite2 masa kecikla. Tapi,, bile dh boleh berfikiR nie rasa mcm tak layak je nk kejaR cite2 tu...Nurse? siket pun tak tersenarai daLam cite2 hidup sye.. nie sume berkat dOa ibubapa N teMan IsTiMewa ;-) dan harapan mrKa nk tgOk sye pakai ‘UnifOrm PutiH’ dan boleh MeRawat mRka bila saKit.. Utk mengotakan HaRapan Mrka akHrnye sye menjejaKkan kaKi kat INSTEDT..sebaGai seOrg pelaJar JuruRawat..!!

SeKrg sye dh mula minat dGn keRjaya Nurse.. kerja nie mulia dan dapat memBantu Org yg memerLukan.smge daPt mjDi seOrg jururaWat yg bertaUliah dan BerdedikaSi. MatlamT Hidup sye,,sye nk berjaYe dalam BiDang KejuRurawatan nie..alG2 dah amik BiDang nie sye akan teruskan kerjaya DaLam biDang nie jugaklah..haRap Kwn2 daPat MenDoAkan kejayaan sye..

paDa Kwn2 yg teRcinte yg mengeNali diri nie, samaAda raPat atau Biase2 jer..kat sini sye nk mohon BerJuta2 kemaaFan andai teRkasar baHasa, teRguris perasaan, TeRngumpat tak semena2, teRlebih kata2 n mcm2 TER lagilah...sye Insan biase..tak peRfect dan SenTiase maLakukan kesiLapaN..haRap kwn2 dapat MaaFkan diri ini...

aKhir kata daRi sye,,,,

SeMoga kite smua berjaya dLm LJM dan BerjaYa mendaPat tempaT di aLam PeKerjaan nti,,dan menjaDi seOrg juRuraWat yg penUh dGn ’AseT’ Dalam sesebuaH hoSpital..bKn mnjDi ’LiabiLiti’..Lalu di buang bila2 masa sahaja..

GuD LuCk To All My Fwenzzz...



~ NiSa ~

Hei! I'm khairunnisa bt mohd abdul latif .I'm 21 years old and come from felda bukit batu kulai johor. I'm a simple gurl with complicated mind..I luv them who luv me..who mess with me..I just ignored them....coz nobody perfect. So i juz fogive all the mistake that what they have done to me. I already have my own blog....U all can join and be my follower if u all want...(xnak pon xpe...hehe=p).nisa_mizie@yahoo.com. I hope i will be what i want to be... =) it's not easy.... but i will do the best i can...i will not destroyed my family hope and me also..so...let's do the best as we can.....GAMBATTE!!!






~ Yatie ~

Haiiii saya mariati laruna tetapi mmbr kt class gil yatie..nme kg sye’ tiNg’sye berasal dari sabah..umr? ermm pling muda antara geng2 sye hehe2….sye sorg yg agak pendiam tetapi kadng2 ade gak gila2 dy…ade yg ckp sye ne mke ketat…. wlpn sye ne mke ketat tetapi hate sye tetap baek… 2 pd dri sye xtawla pd org laen…suke citer korea.lgu, n pelakon korea…kerjaya sebagai nurse adlh bkn plhan sye ttpi adlh dsbbkan oleh mak sye yg nk sye jd seorg nurse…kerana ms dpn yg cerah dan ingin ngok ank dy brjaya…itulah sbbnya sye dok bljr kt instedt….. email riati89@yahoo.com..ermmm k r… 2 jela xtaw nk citer pe g..AraiMaytE