Sunday, April 11, 2010

~ ReLaX - rELaX BeRsAmA tRaNqUiLiZeR....~

Zamrah Mamat

Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Zamrah adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE MAMAT rumah yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Bunuh Diri

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: #@**_!!*&^_#


Si comel menagih sayang



Wajah comel Siti Aisyah yang meruntun hati sesiapa saja memandangnya.

SEBAIK terpandang wajah comel pemilik nama Siti Aisyah, hati terus menjadi sebak. Bukan hanya kerana melihat penyakit yang ditanggungnya bahkan mengenangkan nasib si comel yang putih bersih tidak dipalit segaris dosa itu ditinggalkan oleh ibunya begitu sahaja.

Berbaur rasa sayu dan marah lebih-lebih lagi apabila mengenangkan seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang dikandung selama sembilan bulan 10 hari tanpa sebarang perhatian, apatah lagi Siti Aisyah kini menderita penyakit hidrosefakus, iaitu sejenis penyakit yang berpunca daripada pengumpulan cecair berlebihan dalam otak.

Difahamkan, ibu Siti Aisyah merupakan seorang pelajar yang telah terlanjur dan untuk menutup malu dia meninggalkan bayi comel itu di rumah perlindungan Sinar Salam, di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Kini berusia 10 bulan, Siti Aisyah yang memiliki sepasang mata cantik, hidung mancung dan kulit putih gebu merupakan seorang bayi yang aktif.

Sesekali tangannya dihulur sambil mata beningnya seolah merayu minta didukung pada sesiapa saja yang menghampirinya.

Nasib yang menimpa Siti Aisyah mungkin tidak jauh beza dengan kes bayi-bayi dibuang yang banyak tersiar di dada akhbar akhir-akhir ini.

Cuma Siti Aisyah sedikit bernasib baik kerana dia tidak ditinggalkan di depan pintu rumah orang, pintu masjid, bawah pokok atau tempat pembuangan sampah yang boleh mengancam nyawanya.

Sebaliknya dia telah diserahkan kepada pusat penjagaan yang mampu menjaganya dengan baik.

Begitupun sejak dilahirkan, ibunya langsung tidak pernah menjenguk apatah lagi mengambil tahu mengenai perkembangan anak kecil itu.

Menurut penyelia pusat perlindungan Sinar Salam, Arfidar Abd. Latif yang juga bertanggungjawab mengatur kunjungan penulis petang itu, selain Siti Aisyah, terdapat beberapa lagi kanak-kanak senasib dengannya yang masing-masing mempunyai cerita sendiri.

Antaranya, Siti Hajar yang kini berusia tiga tahun dan hidup sebatang kara kerana ibunya dipenjarakan atas kesalahan mengandungkan anak luar nikah.

Berbeza pula dengan Amirul Amar Afzan, satu tahun enam bulan dan Abdul Rahman yang baru, bersuai sebulan dikira bertuah kerana ibu masing-masing sentiasa di sisi mereka.

Ketika mengandungkan Amirul, ibunya yang merupakan seorang pelacur (ketika itu) juga seorang penagih dadah tegar.

Malah pengambilan dadah tetap diteruskan walaupun tahu diri sedang mengandung.

Namun kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya apabila Amirul dilahirkan dengan cukup sifat tanpa sebarang kecacatan.

Begitupun sebaik sahaja dilahirkan, Amirul telah diberikan suntikan dadah oleh doktor dalam usaha menghilangkan ketagihan akibat daripada pengambilan dadah setiap hari oleh ibunya.

Suntikan tersebut terpaksa diberi secara berterusan selama tiga bulan. Amirul hari ini merupakan seorang yang aktif seperti kanak-kanak yang lain.

Walaupun begitu, kanak-kanak itu masih perlu menjalani satu lagi ujian apabila usianya mencecah dua tahun untuk mengetahui sama ada tubuhnya dijangkiti HIV atau sebaliknya kerana ibunya merupakan penghidap HIV positif.

Bagi Abdul Rahman pula, masa depannya masih lagi samar-samar.

Ini kerana ibunya menghidap penyakit mental selain kanak-kanak itu sendiri mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya akibat tertelan air najis ketika dalam kandungan.

Kini, setiap bulan Abdul Rahman akan dibawa berjumpa doktor dalam usaha mengubati penyakitnya.

Baik Siti Aisyah, Siti Hajar, Abdul Rahman mahupun Amirul, yang pasti mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kanak-kanak lain.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendambakan kasih sayang seorang ibu dan bapa di samping sebuah keluarga yang bahagia.

Tetapi apakan daya, nasib telah tertulis sedemikian dan mereka seharusnya meneruskan kehidupan seperti individu yang lain.

Persoalannya, adakah mereka akan diterima oleh masyarakat apabila besar dan dewasa sedangkan hakikatnya, apa yang berlaku bukan kesalahan mereka.

Yang pasti, Siti Aisyah, Siti Hajar, Abdul Rahman dan Amirul merupakan anak-anak yang tidak berdosa malah mereka tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia dengan cara sedemikian.



mAsALAh ReMaJa

Anak gadis menghisap rokok. Itu memang petanda yang berbahaya. Dari aspek sosial. Mental.

Kalau mengikut hukum agama... hukum Hudud sekali pun, terlalu berat. Terapi dan kaunseling boleh diadakan.

Lesbian adalah satu bentuk penyakit mental. Walau pun ada sesetengah pakar psikologis, kaunseling dan budaya negara dapat menerimanya sebagai satu perkara normal. Namun, di sini, lesbian adalah tetap satu bentuk penyakit mental.

Seorang gadis telah terkeliru dengan perasaannya. Dia lebih menyukai kaum sejenisnya. Apa yang boleh lakukan?

Cuba dapatkan penjelasannya. Adakah dia suka dengan cara hidupnya? Adakah dia rela hati menerima perasaan menjadi lesbian ini buat selama-lamanya? Sehingga ke tua?

Adakah dia tidak rasa untuk jatuh hati pada mana-mana lelaki?

Apa yang membuatkan dia memilih wanita? Adakah dia pernah dikecewakan mana-mana lelaki sehinggakan dia telah serik untuk memilih lelaki? Adakah ini puncanya?

Atau pernahkah dia diapa-apakan oleh lesbian lain sebelum ini? Kawan-kawannya barangkali? Menyebabkan dia mengasingkan diri, lalu kemudian berubah sikapnya menjadi seperti itu.
pernah melalui peringkat masa penyisihan, sunyi dan kemudian bertemu dengan kawan-kawan yang kononnya dapat meredakan kegelisahannya.

Ya, di situlah bermulanya atau semasa dia mula merokok. Atau... faktor semulajadi? Susah untuk didiagnosis melainkan bertemu pakar dalam bidang ini.

pernah melalui saat dia berasa dirinya terasing, tidak diterima sesiapa (pada sudut pandangannya). Dia sunyi dan ingin mendapatkan orang-orang yang memahaminya. Di situlah perangkap syaitan boleh bermula.

Sebab itu, bukan senang untuk menjaga anak-anak atau adik yang masih muda. Pemikiran mereka belum matang. Emosi dan ego mereka tinggi. Mereka masih mahu dimanjai tapi pada masa yang sama mereka mahu diakui, diikitiraf bahawa mereka adalah dewasa, sudah besar, boleh buat apa-apa tanpa kongkongan. Mereka rasa mereka tahu, apa yang mereka lakukan. Mereka rasa mereka boleh wujudkan batas diri mereka sendiri tanpa 'arahan' (tunjuk ajar) orang lain yang lebih tua. :|

Dekatkan dia dengan agama. Kalau dia tidak mahu tinggalkan dunia lesbian itu, dia kelak akan kekal di neraka. Semakin tua semakin susah. :|

Sedarkan dia, apabila dia tua kelak, tidak inginkan dia memiliki anak-anak sendiri. Melihat cucunya sendiri?

Sayangkah dia pada ibu bapanya? Sayangkah dia pada saudari? Inginkah dia lihat orang yang dia sayang bersedih dengan keputusannya itu? Tanya dia. :|

Dekatkan dia dengan agama. Al-Quran. Sentuh hatinya dengan ayat-ayat al-Quran. Tidak lupa juga zikir. Zikir yang dapat membersihkan hati seperti:

"Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar."

Baca bersama-sama dengannya. Seperti seorang ibu menyanyikan lagu rakyat dengan anaknya. Dengan senyuman. Dengan kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya. Kakak yang ingin lihat adiknya berubah.

Berikut adalah panduan yang boleh di berikan untuk membimbing anak saudari:

1. Dampingi dia selalu. Korbankan waktu saudari. Begitu juga dengan ibu bapa saudari. Bersedialah. Ini soal akhirat, mengenai masa depan akhirat.

2. Didik dia untuk mempertahankan kebenaran. Cinta akan kebenaran. Suka akan budaya yang sihat. Jangan biarkan dia keseorangan. Pantau pergerakan dia secara kasih sayang. Maksudnya, jadilah kawan, bukan sebagai seorang pengawas atau pengawal. Pantau dia dalam keadaan yang dia berasa selesa dan tidak terkongkong. Seperti dia rasa selesa dengan kawan-kawan 'sejenisnya' itu.

3. Pisahkan dia daripada kawan-kawan yang tidak sihat itu. Jangan benarkan dia keluar seorang diri. Jika keluar pun, biarlah, kalau boleh bersama. Ke sekolah, ke tempat kerja. Jangan buat dia rasa terkongkong. Jadilah kawan yang paling rapat untuknya. Seisi keluarga harus faham dan bekerjasama.

4. Tukar persekitaran. Tukar suasana. Berpindah ke tempat baru memang boleh memberi suasana dan nafas baru. Supaya dia tidak dapat pergi ke tempat-tempat yang dicurigai boleh menjadi punca masalah tersebut. Isi masa lapangnya dengan lebih baik.

5. Galakkan keluarga untuk sembahyang berjemaah. Cium tangan ibu bapa selepas solat. Ini akan membentuk jiwa seorang anak. Anak yang sayang ibu bapanya. Satu hari dia akan terfikir betapa pentingnya menjaga hati seorang ibu dan seorang bapa. Juga seorang kakak.

6. Membaca al-Qur’an, berzikir, menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah atau seminar dan apa-apa aktiviti yang berkaitan penyucian hati. Pastikan dari badan yang diiktiraf. Badan atau persatuan yang memang berdaftar dengan kerajaan.

Jangan lupa:

Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berkata 'Subhanallah wa biham dihi' 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan."

remaja yang bermasalahi tentu sunyi dan murung jiwanya. Kerana tidak ada kebenaran yang terpancar ke hatinya. Kembalikan kegembiranya itu. Jadilah kawan yang boleh memberi petunjuk. :|




No comments:

Post a Comment